Showing posts with label Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Adelaide. Show all posts
04 September 2008
Polishing
Jam 4.35 pagi. Selepas bersahur ringan menjamah tamar dan air oren' coles' $1.07 , kami solat subuh berjemaah. Fikir hari ni nak bercuti je sebab menunggu panggilan ISS untuk pindah site ke City. Sampai pagi ni, macam negatif je. Selepas kami berdoa, tiba2 fon berbunyi... Mdm Lynn, supervisor ISS dari UniSA City East minta saya lapor diri kat UNISA City East. Urusan pindah tempat kerja ni memang saya maklum sejak semalam sebab Mdm Sue, supervisor di Magill tu kata akan ada orang hubungi saya pagi ini. memang saya ternanti2. Alhamdulillah.
Walaupun dah lewat. sekarang jam 5.35pg, Mdm Lynn minta datang juga. Unisa City East ni lebih dekat berbanding UNISA Magill. Betul2 sebelah Adelaide University kat Frome Rd. Jiran pada Medical School Adelaide Uni.
Pagi ni Mdm Anna teman saya untuk guide tempat kerja baru di Centennary Building tingkat 6 dan Brookman Building. Ni School of Nursing & Midwifery. Kira sekolah melatih bidan2 la senang citer. Ada lab2, dengan patung2 palsu...fuhhh menakutkan plak.
Harini saya dapat ilmu baru. Polishing. Bro Alias ajar saya macamane nak control polish machine. kalau salah cara, boleh terbang mesin dgn kita2 sekali. ada kes sampai rosakkan harta benda pejabat...Alhamdulillah, walaupun macam badut je polish lantai tu tapi bolehla... kena practise lagi kata Alias...Hasilnya, meghelitt lantai unisa hehe...
03 September 2008
Berkat Ramadan

Uni SA Magill Campus
29 July 2008
We're OK!
Selepas solat subuh, saya masak sarapan. Pagi ni nak makan ape ek?? Makan nasi la kot..sempat jg pagi ini kami mengalas perut dgn nasi dan daging masak kicap..umm sedapp.. Hari ni saya meneruskan lagi agenda kembara saya. Jam 9.00 pagi mengayuh ke arah Arndale sepanjang Torrens Rd untuk mengintai2 peluang kerja di sini. Mula2 ke kedai Cake di Croydon, McD, Red Rooster, Woolsworth dan Domino’s Pizza di Kilkenny. Selepas itu menuju ke City, singgah rumah di Ovingham untuk lunch dan sidai baju. On the way ke city, singgah pula ke Adelaide City Council Library untuk pinjam material dan guna net.. Kemudian singgah pula ke restoran white & blue café pohon kerja. Manager tu kata: “We’re ok. Thank you”. Terus membelah King William St singgah ke Women & Children's Hospital nak tanya kalau cafeteria dia boleh masuk lagi. Pegi2 macam semua org2 tua perempuan je yg kerja… umm..terus ke Adelaide Uni jela..
28 July 2008
Budak 20 tahun dituduh zina!
Selepas menemani Afrah ke bus stop, kayuhan terus melaju. Kali ini ke District Court di Victoria Square. Masuk2 ada plak kawalan keselamatan dan Xray. Fuhh.. dahsyat juga court kat Adelaide ni. Court dia agak lengang dan tak ramai sgt org. Lihat kat schedule tu Jam10 pagi dalam kamar District Ct No 2 ada sebutan kes. Dalam court tu agak penuh. Lawyer2 dia pakai wig (rambut palsu) semuanya. Lawak plak tgk dari blkg tu. Same je kepala semua. Hakim masuk pakai baju purple dan semua kena berdiri. Lepas tu, Interpretor akan panggil nama kes dan OKT kena masuk kandang, peguam bangun. Sebelum OKT masuk kandang, dia kena scan kat bilik kecil dgn polis dulu. Polis tu tinggi betol. Kepala dia cecah pintu biasa ni. Memang patut jadi polis..huhu. Macam2 la kes pagi tu, ada aggravated harm, unlawful sexual intercourse with under 12 years old, stealing documents, in possession of drugs, robbery, cause injury dan banyak lagi. Insaf plak tgk. Ada sorang OKT tu masa sebelum masuk dia jumpa isteri dan anak kecil dia sambil peluk dan mengesat airmata. Dia dituduh merompak dan menyebabkan kecederaan masa beli tiket konsert. Itulah manusia, bila emosi dan nafsu bermaharajalela, akibatnya merana. Selepas itu masuk ke Central Market (sebelah je dgn Court tadi) mencari gerai buah dan sayur. So far negatif. Then, kembali ke Uni untuk solat Zuhur. Alhamdulillah berkenalan dgn Shukri dan Mustafa. Belajar Geology dan skg stay di The Village, kediaman student tajaan Petronas di Grote Street. Sampai rumah jam 4.30 ptg, memasak untuk hidangan malam. Malam ni nasi putih dan ayam masak kicap.
24 July 2008
Meredah hujung dunia...
Awal pagi ni membaiki tayar basikal di Kedal Basikal kat Main North Rd. Pakcik tu kata kena tukar tiub dan tayar luar sekali...makan $25 la jugak. Seterusnya ni saya menjelajah ke kawasan yang hujung2 sket mencari kilang gula Sugar Australia Pty Ltd di Regency Park, kilang packaging, kilang bakeri Lebanese, kedai daging Rainbow Halal Poultry di Thorngate dan sekitar2 Hindmarsh. Sempat juga membeli ayam, daging dan groceries untuk bekal seminggu ni.
23 July 2008
Pondok Bali
Interview di Restoran Pondok Bali. Pak Junaidi nama tokeinya. Dia setuju untuk kerja tapi hari Jumaat malam aja. Dia kata kalau ok, boleh try kerja restoran ni. Kalau bagus dia akan up gaji lagi. So far dia kata nak bagi $12/jam. Cuba jela..
Subscribe to:
Posts (Atom)