28 July 2008

Budak 20 tahun dituduh zina!

Selepas menemani Afrah ke bus stop, kayuhan terus melaju. Kali ini ke District Court di Victoria Square. Masuk2 ada plak kawalan keselamatan dan Xray. Fuhh.. dahsyat juga court kat Adelaide ni. Court dia agak lengang dan tak ramai sgt org. Lihat kat schedule tu Jam10 pagi dalam kamar District Ct No 2 ada sebutan kes. Dalam court tu agak penuh. Lawyer2 dia pakai wig (rambut palsu) semuanya. Lawak plak tgk dari blkg tu. Same je kepala semua. Hakim masuk pakai baju purple dan semua kena berdiri. Lepas tu, Interpretor akan panggil nama kes dan OKT kena masuk kandang, peguam bangun. Sebelum OKT masuk kandang, dia kena scan kat bilik kecil dgn polis dulu. Polis tu tinggi betol. Kepala dia cecah pintu biasa ni. Memang patut jadi polis..huhu. Macam2 la kes pagi tu, ada aggravated harm, unlawful sexual intercourse with under 12 years old, stealing documents, in possession of drugs, robbery, cause injury dan banyak lagi. Insaf plak tgk. Ada sorang OKT tu masa sebelum masuk dia jumpa isteri dan anak kecil dia sambil peluk dan mengesat airmata. Dia dituduh merompak dan menyebabkan kecederaan masa beli tiket konsert. Itulah manusia, bila emosi dan nafsu bermaharajalela, akibatnya merana. Selepas itu masuk ke Central Market (sebelah je dgn Court tadi) mencari gerai buah dan sayur. So far negatif. Then, kembali ke Uni untuk solat Zuhur. Alhamdulillah berkenalan dgn Shukri dan Mustafa. Belajar Geology dan skg stay di The Village, kediaman student tajaan Petronas di Grote Street. Sampai rumah jam 4.30 ptg, memasak untuk hidangan malam. Malam ni nasi putih dan ayam masak kicap.

No comments: