15 July 2008

Kayuh..kayuh lagi

Hari ini mulai lagi hari baru. Selepas solat Subuh di Wandana Mosque, kami bersarapan nasi putih dengan ayam masak kicap..huhu. Sedapp. Lepas siap2, bekalan jangan dilupa. Kat negara sejuk ni mmg cepat sangat lapar. Kang tengah2 jalan, perut keroncong. Hoh ... susah nak beli2..mahal makcik! Elok bawa je bekal. Hari ni bekal nasi dan ayam kicap tadi.

Selepas bersalaman dgn zaujah, enjin kereta Honda UHM Faruq berderummm. Seminggu ni Faruq dan Khadijah (tuan rumah kami) bercuti winter trip. Jadi, kereta memang tak pakai. Disebabkan tiket parking mahal, so decide bawa juga basikal simpan dalam kereta tu supaya mudah nak pos2 surat.

Sampai di MacKinnon Parade belakang Melbourne Street, kereta diparkir dan basikal dibawa keluar. Sudah tertulis asaya keluar mencari kerja di bumi Adelaide ini. Terus..mula mengayuh ..demi misi besar di rantauan org. Namun ia indah... Dari King William St mencelah ke Currie St, menelusuri Grote St, membelok ke Wright St dan seterus street2nye. Dari pintu ke pintu kantor peguam ke gerai2 sayur dan buah di central market surat mohon kerja diutus. ”Can you give this letter to your HR Manager?” Thank you very much.. jawab saya. Itulah dialog biasa setiap masuk ke kamar peguam dan pejabat dan gerai. Tapi kat gerai tak panggil HR Manager la. Pelik la plak bunyinya. Huhu. Disebabkan bawa basikal perlu la pula disayanci basikal tusetiap kali singgah di lobi bangunan.. huhu memang mencabar.
Dalam mengayuh meratib dalam hati ni "Ya Allah Engkau ni Maha Kaya. Kalau saya tak ikhtiar mengayuh macam ni takde kot peluang untuk tahu setiap lorong dan jalan di Adelaide ni". Kembara ini beri peluang saya insaf dalam setiap kesusahan itu ada hikmah dan pengajaran. Buat diri ni rasa dekat pada Allah, sentiasa berharap dan tasayat dengan ujian getir dalam hari2 mendatang. Dalam penat2 mengayuh mengajar melihat alam ciptaan yang maha agung, menilai manusia dengan kesibukan duniawi dan merasa payah org yang tidak berkereta. Ini satu nikmat sebenarnya. Alhamdulillah.

Sesekali penat mengayuh, tercari-cari kerusi rehat melepas lelah. Haah di Rundle Mall ni banyak kerusi. sambil menjamu nasi ayam kicap yg sejuk dalam tupperware dan menghirup air mineral putih dari botol Franklin Mt yang segar itu, mata melihat2 manusia sibuk lalu lalang pergi balik mencari urusan duniawi. Ada juga seniman jalanan yang main gitar sambil menyanyi. Ada juga mat clown serba putih. Baju, seluar, muka dan kasutnya putih kat bebola besar di perut rundle mall tu. Macam2 manusia...Selesai saje terus pulang untuk masak dinner. Menunya..nasi putih dan ayam masak merah. Marvelousss..




No comments: