Showing posts with label Kembara Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Kembara Adelaide. Show all posts

21 July 2008

Alamak.. silap kira la Mak Cik Frances!

Mak cik Frances, landlady datang jam7:30 malam. Alamak silap kira!..ingat $250 rupanya $350 (untuk sewa 2 minggu).. Bgtau dia ada miscalculation sket dan akan hantar baki lagi $50di rumah dia di Underdale. Dia setuju. Nasib baik Kay plak available hantar kami ke sana. Faruq pulak demam so ganti zaujahnya. Asal plan mmg nak ke rumah Faruq untuk tutor pasal nak connect internet dan setel hotwater. Dengan izin Allah, Alhamdulillah semua selesai!

20 July 2008

Akikah... antara rezeki dan ukhwah

Pok Mud, Abg Awang dan ...

Anak-anak Adelaide main bola..mmg meriah!!


Hidangan istimewa...

Jam 1230 tghr ada majlis ’akikah adik Danial, anak kepada Abang Nizam n Kak Mashitah. Alamatnya Rose Street, Mile End. Wah kenduri macam ni mmg best.. selain dapat makan besar, ramai malays yg dpt dikenalsapa. Lagi2 org baru macam kami, wajib buat contact. Alhamdulillah, sempat kenal dgn Pok Mud (org lama since time baba study lagi), Dr Badrol, abg Shidi (Bowden, jiran paling dekat dgn kami), Abg Awang, Dr Kamarul dan ramai lagi. Walaupun hujan, tapi tetap meriah lagi2 pekena sup kambing..mmg kow..huhu. Alhamdulillah.

19 July 2008

Thank you Dr Azlan!

Kenangan: Dr Azlan, Abg Sham, penulis dan Abg Nazri.

Alhamdulillah, Dr Azlan dan Kak Azura menyedekahkan (betol ke ejaan nih??) kami tilam, kusyen, heater dan drawer. Mereka akan pulang Malaysia selepas Dr Azlan dah selesai sub-specialise di Royal Adelaide Hospital. Dia kini org kuat Hospital Kuala Lumpur dan menetap di Kota Damansara. Baik orangnya..Alhamdulillah sempat kami bergambar.

17 July 2008

Are Mr Saparudin??

Hari ni Afrah ada briefing lagi. Lepas bersiap kira2 jam 8:00 pagi, keluar2 dari rumah, fon bunyi. ”Are you Mr Saparudin?”. (Nak je jawab: No…) Dah tahu kita hantar2 surat ni, mestilah org yang call tu nak cakap dgn diri sendiri..hu. “Can you come at 2 o’clock?”. “Yes, I’m coming…” jawab dengan sukahati. Selepas hantar Afrah ke Uni, terus bergegas bersiap untuk interbiu di Dial-A-Temp di Leigh Street kat Adelaide City. Tepat jam2 petang seperti yg dijanji..kena isi borang. Pastu masa isi borang dia tertulis Surname… pastu tertulis di situ Christian name. aikk ..asaya ni Muslim. Apa lagi..perkataan Christian tu kasi potong, kasi bubuh perkataan Muslim. ”Kenapalah diorang ni begitu sempit.. ya Allah”. Lepas tu ada short interview. Kali ni position sebagai data entry clerk. Dia tanya sket status di Aussie ni dan update few details ttg isteri yg belajar bla..bla. Dia cakap wait in few weeks jika ada kerja, dia akan call.

15 July 2008

Kayuh..kayuh lagi

Hari ini mulai lagi hari baru. Selepas solat Subuh di Wandana Mosque, kami bersarapan nasi putih dengan ayam masak kicap..huhu. Sedapp. Lepas siap2, bekalan jangan dilupa. Kat negara sejuk ni mmg cepat sangat lapar. Kang tengah2 jalan, perut keroncong. Hoh ... susah nak beli2..mahal makcik! Elok bawa je bekal. Hari ni bekal nasi dan ayam kicap tadi.

Selepas bersalaman dgn zaujah, enjin kereta Honda UHM Faruq berderummm. Seminggu ni Faruq dan Khadijah (tuan rumah kami) bercuti winter trip. Jadi, kereta memang tak pakai. Disebabkan tiket parking mahal, so decide bawa juga basikal simpan dalam kereta tu supaya mudah nak pos2 surat.

Sampai di MacKinnon Parade belakang Melbourne Street, kereta diparkir dan basikal dibawa keluar. Sudah tertulis asaya keluar mencari kerja di bumi Adelaide ini. Terus..mula mengayuh ..demi misi besar di rantauan org. Namun ia indah... Dari King William St mencelah ke Currie St, menelusuri Grote St, membelok ke Wright St dan seterus street2nye. Dari pintu ke pintu kantor peguam ke gerai2 sayur dan buah di central market surat mohon kerja diutus. ”Can you give this letter to your HR Manager?” Thank you very much.. jawab saya. Itulah dialog biasa setiap masuk ke kamar peguam dan pejabat dan gerai. Tapi kat gerai tak panggil HR Manager la. Pelik la plak bunyinya. Huhu. Disebabkan bawa basikal perlu la pula disayanci basikal tusetiap kali singgah di lobi bangunan.. huhu memang mencabar.
Dalam mengayuh meratib dalam hati ni "Ya Allah Engkau ni Maha Kaya. Kalau saya tak ikhtiar mengayuh macam ni takde kot peluang untuk tahu setiap lorong dan jalan di Adelaide ni". Kembara ini beri peluang saya insaf dalam setiap kesusahan itu ada hikmah dan pengajaran. Buat diri ni rasa dekat pada Allah, sentiasa berharap dan tasayat dengan ujian getir dalam hari2 mendatang. Dalam penat2 mengayuh mengajar melihat alam ciptaan yang maha agung, menilai manusia dengan kesibukan duniawi dan merasa payah org yang tidak berkereta. Ini satu nikmat sebenarnya. Alhamdulillah.

Sesekali penat mengayuh, tercari-cari kerusi rehat melepas lelah. Haah di Rundle Mall ni banyak kerusi. sambil menjamu nasi ayam kicap yg sejuk dalam tupperware dan menghirup air mineral putih dari botol Franklin Mt yang segar itu, mata melihat2 manusia sibuk lalu lalang pergi balik mencari urusan duniawi. Ada juga seniman jalanan yang main gitar sambil menyanyi. Ada juga mat clown serba putih. Baju, seluar, muka dan kasutnya putih kat bebola besar di perut rundle mall tu. Macam2 manusia...Selesai saje terus pulang untuk masak dinner. Menunya..nasi putih dan ayam masak merah. Marvelousss..




20 June 2008

::Catatan Adelaide::


18 Jun 2008
6.30 ptg - Tiba di KLIA Airport akhirnya setelah berjaya meloloskan diri dari traffic jam terok. Alhamdulillah dgn bantuan GPS cik Garmin baba punya.

Ramai juga yang menghantar.. Abah, Mak, Sarah, Sharif, Abang E, Abang Man, Kak Ana, Mok Su, Abang Izwan, kawan2 Afrah spt Achik, Maya dll. Thanks for your support n doa. Semoga pjalanan selamat. Amin.

8.20 mlm- Jetstar Flight berlepas ke udara zasss ke Sydney...

19 Jun 2008
6.00 pg- Alhamdulillah selamat touchdown kat Sydney Airport. Melepasi kaunter imigresen, then kastam plak. Malang sungguh.. ikan bilis dan makanan dari plane semua kena buang. ayam goreng td pun terlibat. sedih..soksek. Kastam Australia sgt strict ttg bahan makanan dan tumbuhan luar. Kerajaan takut org bawa penyakit kot kat negara dia.

7.30 pg- Kami sewa Toyota Tarago (macam Estima) untuk travel ke Adelaide dari Sydney. Semua siap sedia... sian mokngoh kena duduk dalam gua. Apa nak buat, bagasi untuk 3 tahun kat belakang tuh.. sabar jela mokngoh..huhu

1000 pg- Bergambar kat Park. Amek gambar berlatar Sydney Bridge dan Opera House. Kali kedua.. pertama kali pada tahun 1996 dulu. Wahh.. romantis. Malang tak berbau. Renjer datang saman keta kami sebab salah parking kat tempat bas. Dah instinct td macam salah parking tp parking jugak. Terpaksa la bayar jugak $175! Banyak tuhh...

1130 pg- Zass terus kuar dari Sydney melalui Hume Highway melalui Macqune Link-St Andrews-Blair Mount-Cambelltown-Gilead-Minangle-Douglas Park-Pheasants Nest-Yanderra-Yerrinbool-Apline-Ayimerton-Willow Vale- Welby-Medway-Belanglo-Hanging Rock-Marulan-Boxers Greek-Goulburn North-Run-o-waters – masuk Federal Highway –Collector-lalu Lake George-Sutton-Downer-Lyneham-O’Connor-Canberra-masuk Monaro Hiway-Gilmore-Chisholm-Thedore-Royalla-Williamsdale-Michaelago-Colinton-Bredbo-Chakola-Bunyan-Cooma (bermalam) – Pine Valley-masuk Snowy Mt. Hiway-Wam Brook-Rhine Falls-Dry Plian-Adaminaby-Providence Portal-Kiandra-Yarrangobilly Caves-Talbingo-Blowering-Wermatong-Tumut (picnic)-Gilmore-Gadara-Adelong-Bangladong-Mt Adrah-masuk balik Hume Hiway-Narreandera-Wagga Wagga-masuk Stuart Hiway-Hay (bermalam)-Balnarald-masuk Murray Valley Hiway-Robinvale-Mildura-masuk Cader Hiway-Red Cliffs-Ouyen-masuk Mallee Hiway-Pinnaroo-Lameroo-masuk Princess Hiway-Tailem Bend-masuk S Eastern Hiway-Murray Bridge-Mt Barker-Hahndorf-Bridgewater-Stirling-Crafers-Adelaide Crafers Hiway-Eagle on the Hill-Glen Osmond-ADELAIDE... sampai di rumah Umar Faruq di Haig St, Broadview.
Alhamdulillah... fuhhh jauh betol perjalanan.


Snowy Mountain di Snowyfields: Tempat snow hunting dan skating yg terkenal di Australia.