26 March 2005

jernih kasihmu

sejernih air dikali
sesegar embunan pagi
kasihmu padaku

lengkap diri ini denganmu
mengajar aku taat pada Nya
mengusik semangat untuk berbakti
buat manusia dan penciptaNya

dikala aku kerinduan
kembali kau padaku
supaya hilang gusarku
tersenyum dengan lirik katamu

tatkala kau tiada lagi
aku pastikan merindu
pada memori bersamamu

andai ada pengganti
moga dia sebandingmu

tuhan
rahmatilah dia
insan mulia sepertinya
temukan kami si syurga
di kampung cinta yang hakiki

3 comments:

pzin said...

lagu dhearty xde lagi ker afan?

afan said...

dehearty takder deakhi adela...nak ke? huhu

Anonymous said...

http://cbox.co.za/?box=242988