25 March 2005

haruman syahadah

tiada apa pada jasadmu
berteman kerusi roda yang setia
digerak dengan dibantu
mengharap belas pendokongmu
kau bukan segagah dulu
tapi itu bukanlah halangan
meniup api kebangkitan ummat

hatimu menyala atas iman
katamu menginsafkan menyentuh hati
bangun aku dari lena
untuk melakar perjuangan bersamamu
mengembalikan tanah anbiya'yang dulu
bebas dari tangan seteru

wahai syuhada' kami
pemergianmu kurasai
jatuhmu satu berdiri seribu
gempita dunia melaungkan janji
membela tanah milik sendiri

mereka ingin mendapatkanku
aku tidak bersembunyi
dapatkanku dengan kerusi ini
aku rindukan mati begitu

ya tuhanku,
dengarlah tangisku
bekalkan daku kekuatan
hadapi ujian sementara ini
kejayaan abadi akhirnya nanti

aku yakin janjimu
islam pasti akan menyinar
atas titis darah keringat suci hambamu

wahai syuhada'
aku ingin bersamamu
meniti haruman mewangi syurgawi
di kampung keimanan bersama temanmu

26-03-05, 0821 am


1 comment:

JusticeBride said...

Salamz,
Ini nukilan siapa ya? Pemilik blog ya? Ana nak minta izin menggunakan bait2 tu untuk iklan di kolej. Boleh ya?