25 March 2005

prinsip amal jamaie

lapangan terbang sultan iskandar muda, aceh
13 jan 05, jam 2350 malam

pengalaman bersama relawan pks masih segar dalam memoriku. komitmen mereka dalam mencurahkan sepenuh jiwa untuk kepentingan umat aceh dan mangsa-mangsa gelombang tsunami umpama api yang marak lagi marak dengan simbahan dan curahan benzene. membara. membakar.

mendarat saja ke tanah, kami dapati sistem sokongan airport 'broke down' dan masih terjejas teruk akibat gempa baru-baru ini. gelap. segelap malam. nasib baik sang bulan menemani malam itu. juga lampu neon pesawat yang menyumbang diri.

kami turun. mereka pun turun. pak taib seperti biasa dengan 'isteri' kesayangannya merakamkan saat penting bersama para relawan aceh. laskar jihad yang bersedia berkorban apa saja buat islam tercinta.

"kumpulan satu di sini... kumpulan dua disini... kumpulan tiga disini," jerit sang komander relawan pks kepada semua anak2 buahnya. tiga hingga lima baris tersusun rapi menghadap ke arah pesawat tadi. umpama seplatun askar yang sedang berbaris enunggu arahan untuk prgi berperang. cukup berdisiplin. lesson learnt.

"kita akan ke khemah pengungsian sebenar lagi. trak akan tiba. sementara itu kita ada situasi disini. barang-barng terpaksa kita keluarkan sendiri dari pesawat ini", syarahnya lagi.

+biar betul (bisik hatiku)

selepas itu, berbaris-baris tubuh manusia digerakkan untuk mempercepatkan proses pemindahan bagasi dari pesawat. jumah bagasi dianggarkan penuh sepesawat dengan beg galas peribadi, kotak perubatan dan barang bantuan yang kira2 beratnya 3 -4 tan.

dengan hanya kira-kira 15 minit semua barang tadi selamat dipindahkan. sungguh menakjubkan. mengapa demikian? kerana
semangat kerjasama. teamwork yang mantap. kami tidak tercegat. bantuan perlu dihulur. tangan mesti diringankan. harus saja terlibat dalam proses pemindahan ini.

sementara menunggu kenderaan untuk ke rumah tinggal, masa yang ada dimanfaatkan dengan sebaiknya. dari jauh terdapat sebuah pasukan relawan yang telah 2 pekan (minggu) menyumbangkan tenaga dan bakti mereka. mereka akan pulang ke jakarta. pak jun serta merta mencapai recorder dan menemubual relawan ini.

"apa khabar,pak?", tanya pak jun. alhamdulillah", jawab relawan tadi. siapa namanya?", tanya pak jun lagi. "Mohd ehsan dari jakarta", jawabnya.

"booleh bapak ceritakan sedikit pengalaman dalam operasi kemanusiaan di aceh", tanya pak jun? "keadaan disana masih lagi gawat. mayat masih bergelimpangan disaana sini. tugas kami adalah terlibat langsung dalam evakuasi mayat dan seterusnya juga dalam khidmat banuan kepada mangsa yang terselamat", cerita ehsan bersemangat.


"apakah semangat yang ada menyebabkan ada terlibat dalam misi ini", tanya pak jun lagi.

"kami adalah rakyat indonesia. dan mangsa sebegitu banyak sekali adalah dari rakyat kami. siapa lagi mahu dihrapkan alau bukan rakyatnya sendiri. appapun ini sememangnya tanggungjawab kita semua membantu. kebanjiran bantuan asing dari barat cukup menggusarkan. kita harus ke hadapan." jawab ehsan.

dari jauh juga kelihatan sebuah pesawat yang menurunkan sepasukan sukarelawan. kelihatan mereka berasal dari China. ramai sekali mereka.

sementara itu juga pak jun turun mendapatkan beberapa orang akhawat relawan pks yang akan pulang ke ke jakarta stelah sepekan di aceh.

bersambung....dalam ADA APA DENGAN TSUNAMI: catatan hikmah kembara alam

2 comments:

Jeffrey-F said...

weeeh...good!! boleh membakar semangat dlm syu dan insaf,, teruskan jihad..alam menyaksikan perjuangan kita di alam ini,,,!!!

Anonymous said...

Bad I can´t understand the language.