Showing posts with label Dunia Islam Kini. Show all posts
Showing posts with label Dunia Islam Kini. Show all posts

16 May 2009

Islamic Da’wah Centre dilancar di Adelaide

IDC di Allenby Garden, South Australia

Alhamdulillah, segala penantian umat Islam di Adelaide berakhir semalam. Hasil usaha gigih beberapa saudara di kota Adelaide, sebuah pusat Islam atau dikenali sebagai IDCSA berjaya ditegakkan.

Menariknya semalam, apabila Abu Muhammad, pengurus IDC dalam menyampaikan ucapannya memberitahu kira-kira 150 hadirin, projek ini memakan masa, tenaga dan juga wang yang banyak. Kos awalnya pula berjumlah $15,000. Beliau terpaksa berhutang sebanyak $10,000 dari kawannya sebagai pendahuluan untuk kerja awal penubuhan pusat ini

Abu Muhammad, pengasas IDC South Australia.


Lebih menarik, Syeikh Syarif, Imam Masjid Umar al-Khattab (Marion) pula menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat dan menyeru semua hadirin untuk melangsaikan semua hutang Abu Muhammad sebelum balik dan solat Maghrib (di situ) “Ya ikhwan, siapa yang akan membantu melaksanakan kerja Islam di sini? Siapa lagi jika bukan kamu semua? Saya seru semua yang hadir, kita tidak akan pulang selagi hutang Abu Muhammad tidak kita langsaikan”, seru beliau


Dalam kerancakkan mengutip derma dengan suntikan semangat seorang lagi saudara yang berkata: “Kalau seorang yang masuk Islam dari pusat ini, semua yang menyumbang akan dapat ganjaran dari Allah sehinggalah kita ke liang kubur.”


Suasana yang sungguh meriah dan penuh emosi ini merupakan pengalaman baru bagi kami yang hadir. Seolah-olah nak pergi jihad fi sabilillah


Alhamdulillah hasil kutipan yang tidak sampai setengah jam tersebut, berjaya mengutip $17,000 dan segala hutang berjaya dilangsaikan. Kutipan selebihnya akan dimanfaatkan untuk tujuan dakwah di bumi Adelaide ini


Majlis pelancaran hari ini hanya dihadiri lelaki manakala majlis wanita pula akan dilaksanakan keesokan harinya

Yang sangat menarik juga pertemuan ini berjaya mengumpulkan kekuatan dan perpaduan dari semua Muslim di sini yang sebelum ini tiada pusat yang dinamik selain masjid-masjid. Imam-imam utama di Adelaide juga turut sama menyokong dan menghargai usaha saudara-saudara yang murni tersebut


IDC di Allenby Garden ini adalah sebuah pusat dakwah Islamiyah yang bertujuan mentarbiyah komuniti Adelaide terutamanya generasi muda untuk mengamalkan Islam sebagai cara hidup lengkap selain sebagai pusat saudara baru mendapatkan khidmat kebajikan dan maklumat tentang Islam

Antara kemudahan yang ditawarkan adalah kelas pengajian Islam, sirah, Arab, Quran, kelas Taekwondo, kedai buku, busana Islam, gimnasium, kantin, sukan ping pong, mainan bola sepak (atas meja), kemudahan komputer, internet dan cetakan.

09 July 2008

Masjid tertua Australia terima dana Majlis Bandaran Adelaide


Adelaide City Council Funds Renovations on Australia'a Oldest Mosque

June 17, 2008: Australia's oldest mosque is getting a A$65,000 (US$61,192) grant from Adelaide City Council to fund the repairs to one of its minarets. The mosque in Gilbert Street in the city was built in the late 1880s, with minarets added in 1903. Lord Mayor Michael Harbison says it is the first time the Council has funded refurbishment work on a mosque.The Lord Mayor told the Australian Broadcasting Corporation: “This money allocated will restore the fourth minaret of the mosque to its former glory and give us what really is a beautiful building, very important to the Islamic community in Adelaide, but [also] a great tourist attraction.”“[It’s not only] Adelaide’s mosque but the oldest mosque in Australia,” he said. Source: ABC News