26 September 2008

Permohonan Kahar, Sulaiman ditolak Fed Court

1. Alhamdulillah, keputusan yang ditunggu akhirnya terjawab juga. Federal Court memutuskan permohonan Kahar Ahmad dan sekutunya ditolak di Mahkamah Persekutuan. Rujuk judgment lengkap di http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/latest/Judgment%20%20Bidangkuasa%20Asal.pdf

2. Antara lain penghakiman Tun Dato' Seri Abdul Hamid Hj Mohamad yg dikenali sebagai 'Farewell Judgment' dan rakan bijaknya mengatakan bahawa takrifan 'Precepts of Islam' yang dirujuk kepada ulama Muslim seperti Tan Sri Sheikh Ghazali Abd Rahman dan Prof Kamal Hassan sebagai satu perintah yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak serta berakar dari sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah. Ia menjawab persoalan takrif yang dikemukakan peguam Kahar (Malik Imtiaz, Edmund Bon, Haris Ibrahim dan rakan2) bahawa 'Precepts of Islam' hanya terhad kepada takrifan rukun Islam yang lima sahaja.

3. Dalam kes ini, Kahar memohon untuk membebaskan pertuduhan atasnya dengan mengatakan bahawa beberapa peruntukan Undang-Undang dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor adalah bertentangan Federal Constitution, tidak sah dan terbatal. Kes ini juga diputuskan bersama dengan kes Sulaiman Takrib yang merupakan pengikut Ajaran Ayah Pin di Terengganu.

4. Alhamdulilah, dengan keputusan bijak ini dan hakikatnya pertolongan Allah sahaja akidah umat Malaysia selamat terpelihara. Namun, masih banyak kerja kita. Sama-sama kita berjuang mendidik umat manusia kenal faham kalimah tayyiboh dan tauhid sebenar kepada Allah Azza Wajalla dan Rasul-Nya.

5. Rindu betul kepada rakan2 peguam yang pernah sama2 berjuang dalam kes2 Konflik Perlembagaan 'yang melambak'..huhu. Special congrats to Hj Zainul Rijal, Br. Mubashir Mansor, Hj Rahim Sinwan (my x-boss), Br Halem Bahari, Hj Hanif Khatri, Hj Radzi, Br Azril, Br Zulkhairi dan yang lain. Jangan kenal henti! Miss you all and keep up a good job for Islam! Always pray for you guys from here.

Safwan
Ovingham, South Australia




No comments: