15 October 2007

Opah, tabahkan hatimu..


Salam eidul fitri, ikhwan semua...

Semoga tinggalnya ramadhan diiring sayu dan kehadiran syawal melonjakkan amal dan prestasi untuk 11 bulan seterusnya.

Tahun ini, bro tak balik kg. famili bro beraya di rumah maksu di shah alam. bro ziarah opah yang sedang terlantar uzur. umur opah bro ni dah 85 tahun ++. First day raya di rumah mak su. bro terkejut tengok opah. Last 1 month, bro visit dia, opah masih lagi berisi. tapi hari ni, subhanallah...cengkung sesangat. mak bro kata sebab dia dah takleh makan makanan yang berketul. hanya boleh sedut yang lembut2 dan berair saje.

bro masih boleh flash back. masa opah sihat dulu, opah selalu nasihatkan bro untuk belajar agama betul2. Opah banyak bagi support supaya jadi tauladan pada saudara2. Bro masih ingat gurau opah. opah yang dulunya ceria dengan senyumnya. selalu masakkan untuk bro. selalu melayan bro dengan kisah2 atuk. opah yang memberikan bro semangat utnuk jadi orang baik. opah yang layan bro dan adik2 bila abah dan mak kuar bekerja. kini, opah sudah tidak mampu bercakap lagi. opah yang bro kenal sudah tidak mampu tersenyum .. memberikan nasihat lagi. bro rindukan opah..

Bro tengok mak bro bersihkan opah dgn penuh kasih seorang anak. air mata bro nak mengalir tengok. inilah yang namanya kasih anak. tak tahulah bagaimana, bila mak bro kelak. apakah bro mampu untuk membalas sebegitu.

"Ya allah, berikanlah aku rasa cinta kepada kedua ibubapa ku. mampukan aku menjaga mereka sebagaimana mereka bersusah-payah melayan aku dari kecil dan berkorban untuk aku sehingga aku seperti hari ini. Ameen..."

Sahabat2 bro kat luar sana, jangan korang engkar cakap orang tua yang masih hidup. selagi mereka bernyawa, tanggungjawab kita menjaga perasaan dan kebajikan mereka. Jangan abaikan mereka. Walaupun sesibuk mana, berikan tumpuan dan perhatian yang sebaiknya untuk mereka...apakah kita layak ke syurga Allah dengan mengatakan aku berjaya di dunia ini tanpa sumbangan orang tua kita yang telah berjuang membesarkan kita sejak kecil...????

1 comment:

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is