29 May 2007

Keputusan Kes Azlina Jailani berpihak kepada Islam

30 Mei, Putrajaya- Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan pihak Perayu (Puan Azlina Jailani) yang ingin menukar dan memadamkan perkataan 'ISLAM' di dalam kad pengenalannya dengan keputusan 2-1 oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Keputusannya, Tun Ahmad Fairuz dan Datuk Allaudin (menolak) dan Datuk Richard Malanjum (membenarkan) .






Keputusan yang dinantikan oleh kira-kira 300 rakyat yang berhimpun diluar pintu utama Mahkamah Persekutuan dengan penuh takzim dan tenang setelah pihak PEMBELA memimpin zikir munajat dan doa sebagai ikhtiar terakhir menunggu keputusan Mahkamah yang mulia. Seawal 7.30 pagi, pihak peguam, wartawan tempatan dan antarabangsa dan seluruh rakyat Malaysia membanjiri mahkamah tersebut untuk melihat sendiri secara 'live' keputusan yang penting untuk masa depan kedudukan Islam di Malaysia.






Ketua Hakim Negara , Tun Fairuz Sheikh Halim inter alia (antara lain) alasan keputusannya menyatakan bahawa: " Urusan keluar masuk Islam adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Sivil. Sebarang urusan pertukaran agama hanya layak diputuskan oleh mereka yang mempunyai kuasa dalam urusan agama. Mahkamah Syariah mempunyai kedudukannnya yang tersendiri di dalam perundangan negara."






"Kemenangan ini bukanlah bermakna Islam menang dan Bukan Islam kalah. Kita menyeru kepada semua untuk mempertahankan sistem perundangan negara yang telah lama kita perjuangkan. Diharapkan pihak yang sebaliknya mengelakkan diri dari menimbulkan isu kontroversi dan konfrontasi dalam mengacau sistem perundangan negara. Pilihlah jalan yang munasabah" ucap Saudara Yusri Muhammad, Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dihadapan semua hadirin di hadapan kompleks Mahkamah "bangunan omputih' (Palace of Justice) ini.
Semoga keputusan ini akan terus mengembalikan kebangkitan umat Islam dan menjadi 'wake-up call' kepada kita untuk terus melindungi dan mempertahankan kemuliaan Islam. Dalam masa yang sama kita memperkasakan usaha dakwah dan takrif terhadap Islam yang Adil dan sejahtera sifatnya. Teruskan mentarbiyah masyarakat kita sebelum kita kembali bertemu dengan-Nya dalam keadaan Dia meredhai kita dan kita meredai-Nya. "Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya"(al-Hadith).
Layari http://www.myislammnetwork.net/ untuk perkembangan mutakhir isu kes azlina jailani dan kenyataan media PEMBELA.
30 Mei 2007/Kuala Lumpur

1 comment:

Anonymous said...

i'm happy with the decision. *^^* nice blog you have.