27 May 2005

Amerika babi gegarkan kedutaan Amerika

Amerika Babi gegarkan kedutaan Amerika

27 Mei 2005- Kedutaan Besar Amerika, Ampang.

Kira-kira 200 orang berhimpun di hadapan kedutaan besar Amerika, mendesak kerajaan Amerika bertanggungjawab atas tindakan keji tenteranya yang menghina Al-Quran di Guantanamo Bay. Perhimpunan aman yang di 'kepalai' Parti Islam Se-Malaysia di samping ABIM, PKPIM dan JIM.Turut sama memeriahkan suasana teman-teman dari Bukit Aman, FRU dan pasukan black maria yang tidak sedikit pada petang redup itu.

Permulaan, khatib Jumaat turut menyentuh peranan umat ISLAM supaya bangun mempertahankan kesucian Al-Quran walaupun dalam topik yang diarahkan JAKIM sekitar kepentingan masa dalam kehidupan umat Islam. Lanjutan dari khutbah, membawa para jemaah untuk berarak dengan poster berbau provokasi 'Stop the desecration of Al-Quran', 'America: we demand Apology', 'Pemuda ISLAM menentang penghinaan Al-Quran' dan 'US STOP THE INSULT', mengarah ke kedutaan Amerika.

Walaupun jalan raya penuh sesak, namun keadaan amat terkawal dek bantuan keselamatan Unit Amal PAS. Sepertimana biasa, ini adalah medan PAS, siri-siri ucapan para pimpinan PAS yang berapi-api petang itu menghangatkan suasana. Dr. Hatta (PAS) antara lain menyeru umat Islam bangkit dan respon terhadap penghinaan Amerika serta membangkitkan gelombang umat Islam yang berani mempertahankan agamanya.Mat Sabu dengan teriakan Amerika Babi!! juga menghangatkan para pendokong Islam yang berhimpun petang itu. Salahudin Ayub menyeru Amerika menghormati agama orang lain dan tidak meneruskan amalan keji menghina urusan agama lain. Dr. Hassan Ali turut bangun menyeru siri kempen jalanan diteruskan bagi bersama umat Islam seluruh dunia mempertahankan Islam atas kebobrokan sikap Amerika itu. Ustaz Ahmad Awang menyingkap surah Yassin, menerangkan ketinggian Al-Quran dalam kehidupan umat ISLAM. Hj Zaid Kamarudin (JIM) menyambar haller dan menyeru umat Islam mempertahankan ketinggian Al-Quran serta mempertahankannya.

Yang pasti perhimpunan kali ini memperlihatkan generasi pemuda (student IPT) yang bukan sedikit turut memeriahkan kempen jalanan malah, terdapat juga muslimat di tengah lautan manusia yang menjadi penyeri demo pada petang itu. Bas pelancong dari Jepun yang melalui Jalan Ampang petang itu seakan bertuah kerana berkesempatan melihat gerakan umat Islam secara 'Live' menyuarakan ketidakpuashatian terhadap isu penghinaan Al-Quran ini kepada Amerika.

Tindakan peduli dan prihatin dalam isu umat ISLAM terutama yang membabitkan kesucian agama harus dipandang serius oleh seluruh umat Islam. Isu penghinaan Al-Quran seumpama ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya berpeluk tubuh tanpa apa-apa respon yang provokatif. Islam menyeru supaya umatnya bangkit mempertahankan dan membela apabila kita ditentang oleh musuh Islam yang sememangnya tidak akan serik mencari bibit-bibit permusuhan dengan umat Islam. Namun, dalam masa yang sama, Islam menolak sebarang bentuk penghinaan ke atas agama lain. Malah ISLAM menghormati agama lain untuk mengamalkan ajarannya.

'Bagimu agamamu dan dan bagiku agamaku" Al-Kafirun:6

Wallahu a'lam


Ibnusafar :::.
kembaralah ke destinasi hakiki
__________________________________________________

No comments: