Showing posts with label Permata Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Permata Adelaide. Show all posts

01 January 2009

Wafiyah, my luv!

Assalamualaikum wrt wbt

Saat Gaza dalam kehimpitan dan daerah ini terbakar diserang rejim Zionis, pada tanggal 24 Disember 2008 jam 12.38 tgh Wafiya hadir ke dunia ini... Alhamdulillah, moga engkau menjadi puteri Islam yang solehah dan mujahidah. Membela dunia ini dengan Kalimah paling agung... Kalimah Toyyibah. Menyapa karat-karatnya jahiliah dengan sinaran nur ISLAM.



Menumpahkan darah kambing Aqiqah Wafiya


Permata hati baba dan ummi


Wafiyah dalam dakapan babanya.

29 November 2008

Menanti munculnya permata hatiku

Bismillah walhamdulillah! Sempat memblog selepas sekian lama. Sejak baru pindah ke Tranmere ni, connection asyik meragam. Sedih tinggalkan rumah lama agaknya hehe. 22 hari lagi Insya Allah saya bakal bergelar baba kepada seorang permata hati. Huhu tak sabar rasanya. Banyak juga perlu siap nak sambut anak sulong dan paling penting tentunya kesihatan isteri.

Allah menjanjikan sakinah bagi umat yang menjadikan anak-anak sebagai penghibur hati dan penyejuk mata. Untuk meraih anugerah ini, perlukan banyak kesabaran, meninggikan iman dan doa yang berterusan.

Jom kita berdoa!