16 June 2010

IKRAM: Saatnya dilancarkan...


Majlis Pelancaran IKRAM
20 Jun 2010 (Ahad) Jam 8:00pagi
Mines Resort City, Seri Kembangan

Apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Salam 'Ukhwah Teras Kegemilangan'

Sumber: www.ikram.org.my

3 comments:

laniaz_ said...

salam. Just curious, apa bezanya IKRAM dengan JIM, dengan ISMA dan MSM di UK?

Jpah said...
This comment has been removed by the author.
Jpah said...

Assalamualaikum w.b.t.

Menarik saya nampak IKRAM ini, terasa ingin tahu lebih lagi.

Sepertimana soalan laniaz, saya pun keliru antara IKRAM dan PAS, JIM, ISMA, MSM, ABIM, KONSIS, Karisma, Haluan dsb. Jika dilihatkan visi dan misi, bukankah sama dengan gerakan-gerakan Islam sedia ada? Jadi, apakah kelainan yang ingin dibawa oleh IKRAM?

Minta penjelasan sedikit. Moga terjawab sedikit sebanyak soalan saya ini.