25 February 2009

Cahaya mata



1. Indahnya hidup bila bercahaya mata. Bila balik setelah penat bekerja, menimang si manja.. fuhh. Segala jerih dan lelah hilang tak terasa. Entah kemana-mana. Mana mungkin kita tidak gembira. Ya Allah, inikah anugerah-Mu yang terindah buat spesis bergelar bapa?

2. Si manja yang dikandung, dilahirkan, membesar dan membesar. Kita dapat melihat dengan mata kepala kita setiap prosesnya, setiap ketikanya. Sungguh hebat kuasa-Mu. Walaupun, proses pembesarannya cukup banyak menduga kita atas kesabaran, atas pengorbanan, atas wang dan masa kita, ini adalah amanah-Nya. SUDAHKAH anda bersedia, wahai bakal2 bapa?


3. Wahai Ikhwah, setiap detik kita perlu mendoakan anak dan keluarga kita dilindungi dan agar terbaris dikalangan yang soleh, hamba yang bekerja untuk agama lantas disayang Allah sentiasa.

1 comment:

NUHASSIF said...

wah makin comel baby, tak sangka dah besar sket baby yang pernah dipangku masa dia baru2 lahir dulu, salam ukhuwah dari ana dan zaujah utk kalian bertiga, semoga baby (wafiyah ek??) membesar menjadi mujahidah islam yang sejati, amin..