04 January 2009

Hamas tetap menang atau syahid semuanya


1. Saat ini jumlah korban rakyat Palestin hampir mencecah 500 jiwa.
2. Hamas, Briged al-Qassam dan seluruh pejuang Palestin yang ikhlas kini menghadapi ujian getir berdepan dengan rejim Zionis dan sekutunya untuk merampas wilayah umat Islam dan Al-Quds yang dimuliakan. Semoga Allah menguatkan kedudukan mereka sebagai barisan pertama memelihara MAsjid al-Aqsa.
3. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi, umat Islam seluruhnya tiada terkecuali untuk membantu umat Islam di Palestin menghadapi rejim Zionis Laknatullah dengan segala kekuatan dan persiapan yang ada.
4. Antara kaedah yang disyorkan adalah memperkukuhkan kedudukan Islam dalam hati dan negara masing2, menghulurkan bantuan kemanusiaan spt makanan, wang, senjata dll, menyebarkan maklumat agar rakyat peduli dan bertindak membebaskan Palestin, mendoakan kejayaan pejuang Palestin dan Allah menghancurkan musuh2 Islam dan melobi dan menekan negara2, gerakan2, pertubuhan2 termasuk EU dan UN dsb untuk menghentikan serangan ke atas Gaza dan wilayah Islam sekitarnya.

Mari kita sama2 mendoakan mereka melalui Qunut Nazilah:



"Allaahumma inna nasta'eenuka wa nu'minu bika, wa natawakkalu `alayka wa nuthni `alayka al-khayr, wa laa nakfuruka. Allaahumma iyyaaka na'budu wa laka nusalli wa nasjudu, wa ilayka nas'aa wa nahfid. Narju rahmataka wa nakhsha `aุฒaabaka, inna `azaabaka al-jadd bil kuffaari mulhaq. Allaahumma `azzibil-kafarata ahlil-kitaab allazina yasudduna `an sabilika


(O Allaah, verily we seek Your help, we believe in You, we put our trust in You and we praise You and we are not ungrateful to You. O Allaah, You alone we worship and to You we pray and prostrate, for Your sake we strive. We hope for Your mercy and fear Your punishment, for Your punishment will certainly reach the disbelievers. O Allaah, punish the infidels of the People of the Book who are preventing others from following Your way)."


"Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka.
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka.
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa. Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan.
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab.
Kalahkan mereka. Kalahkan mereka. Kalahkan mereka.
Dan menangkan kami ke atas mereka."

Dan jauhkanlah kami dari kelalaian duniawi dan lemahnya kami untuk mujahadah membantu saudara-saudara kami yang diuji. Ameen, Ya Rabbul Alamin.

No comments: