05 September 2006

AL-AQSA DALAM BAHAYA!





Saat risalah ini ditulis, Masjid al-Aqsa di Palestin masih lagi berada di bawah cengkaman tentera rejim Zionis. Sehingga kini, rakyat Palestin masih lagi dilarang menunaikan solat Jumaat di dalam masjid tersebut buat bulan kedua berturut-turut. Mereka juga tidak dapat lagi melakukan aktiviti di dalam masjid tersebut seperti kita di Malaysia yang menghirup nafas keamanan.

Di saat lensa kamera dunia difokuskan terhadap kejayaan tentera Hezbollah menewaskan tentera rejim Zionis dalam peperangan “Israel” –Lubnan, Masjid al-Aqsa terus dilupakan. Di saat dunia terpesona dan asyik memuji kemenangan Hezbollah (kini menjadi hero Lubnan), Masjid al-Aqsa diabaikan. Bantuan sibuk terarah kepada Lubnan sedangkan Masjid al-Aqsa kekal berada di ambang bahaya.

Padahal, tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang mempunyai kedudukan yang asangat istimewa dalam hati dan aqidah kita semua. Hakikatnya, Masiid al-Aqsa kini dalam keadaan bahaya yang kritikal.. Tentera kita di bawah payung OIC sepatutnya dikerahkan ke Baitul Maqdis untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa. Masjid al-Aqsa adalah sepatutnya menjadi fokus bantuan kita.

Berikut adalah langkah-langkah rejim Zionis yang ingin menguasai Masjid al-Aqsa dan menjadikan impian membina kuil Yahudi atau Haykal . Berikut adalah antara usaha rejim Zionis untuk menawan Masjid al-Aqsa.

LANGKAH 1 MENGUASAI TEMBOK BURAQ
Seawal 20 Ogos 1929, sekumpulan Yahudi ekstrimis dari dengan bantuan tentera British telah menyerbu masuk ke dalam kawasan masjid al-Aqsa untuk menguasai tembok Buraq . Namun, usaha jahat mereka telah berjaya dipatahkan. Tetapi, harganya amat mahal kerana mengorbankan 338 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari.

LANGKAH 2 MEMBAKAR MASJID
Pada 21 Ogos 1969, seorang ekstrimis Yahudi bernama Dr. Dennis Michael Rohan ataupun nama Yahudinya Mikhail Rohhan telah membakar Masjid al-Aqsa. Kebakaran tersebut telah memusnahkan sebahagian besar masjid termasuk mimbar masjid yang penah digunakan oleh Slahaudin al-Ayyubi selepas membebaskan al-Aqsa dari tangan tentera Salib. Namun, api berjaya dipadamkan dengan usaha gigih rakyat Palestin. Dr. Dennis dilepaskan dari hukuman kerana dikatakan ‘tidak siuman’.

LANGKAH 3 MELETAKKAN BATU ASAS
Pada 15 Oktober 1989, kumpulan ‘Guardian of the Temple’ telah meletakkan batu asas untuk membina kuil atau Haykal. Jurucakap mereka berkata: Perletakan batu asas ini adalah tanda permulaan kebangkitan bangsa Yahudi.

LANGKAH 4 MENGYAHUDIKAN MASJID
Semenjak tahun 1967, pelbagai persiapan telah dilakukan oleh ekstrimis Yahudi untuk menggantikan masjid al-Aqsa dengan kuil mereka. Antaranya, pengawal kuil telah dilatih, pakaian Kohanem (padei) telah siap dijahit, model kuil sebenar telah pun terbina berhampiran masjid al-Aqsa. Muzium Yahudi juga telah lama dirasmikan oleh Ehud Olmert, bekas datuk bandar (kini PM “Israel” dibawah masjid al-Aqsa pada tahun 1996.

LANGKAH 5 MENGGALI TEROWONG
Setelah meletakkan batu asas, mereka telah menggiatkan usaha untuk menggali terowong sehingga menjangkau 400meter di bawah tapak Masjid al-Aqsa yang akan melemahkan struktur masjid tersebut. Usaha tersebut telah menjangkaui separuh dari keluasan keseluruhan masjid al-Aqsa. Sheikh Raed Solah, pemimpin gerakan Islam di Baitul Maqdis yang mendedahkan rahsia tersebut telah dipenjarakan oleh rejim Zionis.

LANGKAH 6 MEMBESAR GEOGRAFI NEGARA HARAM “ISRAEL”
Usai pengisytiharan “The Greater Jerusalem” pada tahun 1982 yang diluluskan Knesset (Parlimen “Israel”), rejim Zionis berusaha meluaskan ukuran geografi kota al-Quds kepada 279 donum dengan memasukkan ke dalamnya 49 buah bandar dan kampung Yahudi dan membesarkan demografi bangsa Yahudi di Palestin Rejim Zionis telah mengambil 70% dari tanah rakyat Palestin, dan hanya 13% sahaja yang diberikan kepada rakyat Palestin!

LANGKAH 7 MENGUSIR RAKYAT PALESTIN
Lebih 435 keluaga Palestin telah dirobohkan rumah mereka dan seramai 700,000 rakyat Palestin diusir semenjak tahun 1967. Sebanyak 50,000 orang dibuang Mereka yang merupakan penduduk asal Palestin tidak dibenarkan masuk semula ke Palestin hanya kerana keluar melanjutkan pelajaran dan mendapatkan rawatan perubatan di luar Palestin. Mereka ini terpaksa mendaftarkan diri mereka semula untuk kad pengenalan baru yang berlamatkan daerah selain kota Palestin. Kesannya, penduduk Palestin hanyalah sebanyak 70,000 manakala penduduk Yahudi telah mencecah angka 400,000 orang sebelum tembok pemisah dibina. Angka penduduk Yahudi kian meningkat selepas pembinaan tembok pemisah.

LANGKAH 8 MENAWAN MASJID
Pada tahun 1967, tentera Zionis dipimpin oleh Jeneral Mordechai telah memasuki kawaan Haram al-Sharif dengan kereta peisai dan menawan bahagian timur termasuk masjid al-Aqsa dan mengambil kunci pintu masuk ‘al-Magharibah’.

LANGKAH 9 MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN
Dalam peristiwa di Deir Yasin, 254 rakyat Palestin telah dibunuh termasuk 145 wanita dan 35 darinya yang sedang mengandung. 150 mayat dibuang dalam telaga buruk. 150 wanita diarak bertelanjang dan diludah oleh penduduk Yahudi. Pembantaian rakyat Palestin tidak pernah terhenti sehingga hari ini. Saban hari kita dapat berita kematian demi kematian rakyat Palestin yang dizalimi. Bangsa “Israel” ini bukanlah manusia yang memahami bahasa manusia. Mereka hanya memahami bahasa senjata.

MASJID AL-AQSA DALAM HATI KITA
Bumi Palestin amat istimewa kepada kerana;

Terdapatnya Masjid al-Aqsa di dalamnya. Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid kedua yang dibina di dunia, masjid ketiga paling suci

· Tanah para nabi seperti nabi Ibrahim, Zakaria, Yaakub, Ismail, Isa dan ramai lagi
· Bumi yang menyaksikan peristiwa Isra’ dan Mikraj (perjalanan nabi ke langit)
· Pusat pemerintahan , perhimpunan , kebangkitan umat Islam
· Tempat nabi Isa bakal diturunkan pada hari Kiamat
· Negeri perjuangan bagi mereka yang menegakkan kebenaran
· Tanah wakaf milik umat Islam yang telah diusahakan oleh Saidina Umar al-Khattab, khalifah Islam kedua dari tangan kerajaan Rom ketika pemerintahannya.

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati selilimgnya upaya kami dapat mempelihatkan kekuasaan Kami.” (Al-Isra’ 1)

APA PERANAN SAYA?
· Sebarluaskan mesej AL-AQSA DALAM BAHAYA melalui edaran risalah, menulis artikel, menganjurkan pameran, kempen ‘Selamatkan al-Aqsa’, ceramah Palestin, konsert amal ‘Bersamamu Palestin’, penulisan lirik lagu, cipta lagu, edaran poskad solidariti untuk Palestin, penyiaran dokumentari Palestin, menulis novel, program sembang Palestin dalam TV dan radio, bikin drama dan filem dan banyak lagi.
· Utamakan produk negara. Boikot produk dari proksi Israel dan Amerika.
· Menghulurkan derma ikhlas untuk rakyat Palestin dan Masjid al-Aqsa.
· Berdoa untuk kesejahteraan para pejuang umat Palestin dan kejayaan kita
· Meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan
· Memperkasakan kesatuan ummah

BOIKOT JANGAN TAK BOIKOT!
Hentikan membeli dan menyokong produk yang dikenalpasti membantu Israel dan Amerika. Kuasa membeli kita mampu untuk mengembalikan keamanan di bumi Palestin. Kuasa membeli kita mampu menghancurkan ekonomi “Israel”. Selagimana anda membeli produk mereka, selagi itulah Palestin terus dibedil, rumah diboldozer, rakyat Palestin dibunuh dan tubuh mereka dihujani peluru yang disumbangkan oleh kita sendiri. Teruskanlah membeli produk mereka, jika anda menyokong kezaliman terhadap saudara kandung anda sendiri di Palestin. Terima kasih banyak!

MEMBEBASKAN AL-AQSA ADALAH TUGAS MULIA
Membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis adalah tugas yang sangat mulia dan mendapat ganjaran hebat dari tuhan. Dalam sejarah, walaupun belum wujud umat Islam di Palestin tetapi nabi yang tinggal di Madinah telah mengatakan tentang KUMPULAN YANG MEMBEBASKAN AL-AQSA ini di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa baginda pernah berkata:
“Akan ada sekelompok dari umatku yang akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh meeka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala. Para sahabat bertanya: Dimanakah tempat mereka itu, ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: Di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” (H.R Ahmad)

Tuhan telah memilih mereka di Palestin untuk menjadi benteng ampuh umat mempertahankan bumi Palestin. Mereka telah mengorbankan segala-ganya termasuk nyawa, harta, keluarga, anak-anak dan dunia mereka demi mempertahankan bumi suci kita. Mereka telah serahkan segalanya kepada tuhan mereka dan menanti masa untuk bertemu dengan tuhan mereka dalam keadaan amanah telah mereka tertunai. Mereka telah mempunyai jawapan untuk itu.
Persoalannya, diri kita. Apakah sumbangan kita untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa? Cukupkah sekadar berpeluk tubuh dan melihat sahaja? Apakah jawapan kita di depan tuhan kita kelak?

Semoga usaha kita yang kecil tetapi berterusan akan menyelamatkan kita ketika dibangkitkan kelak pada hari Kiamat. Jangan membisu lagi, hulurkanlah bantuan!

Safwan
21 Ogos 2006

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...
thanx 4 the artcle"al-aqsa dlm bhya" byk bg input n m'buka mnda.byk maksiat b'leluasa di m'sia xpecly rmaja,tp x sedar saudra islm di lubnan b'hijd.may Allah blessed u