12 July 2006

Kes Lina Joy-Peguam Muslim lancar jihad Undang-Undang di Malaysia

Kuala Lumpur-Hari ini (12 Julai) hari yang cukup bersejarah dalam dunia kepeguaman negara apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan 'jihad undang-undang' demi mempertahankan Akidah dan kedaulatan Islam yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas' apabila disimbah benzen semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan semua hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya.

Dalam kes Lina Joy (kini beRusia 43 tahun) , beliau telah memohon kepada pihak mahkamah untuk memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya. Dalam permohonan tersebut, Mahkamah tinggi memutuskan bahawa tindakan ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk menghalang usaha menukar agama adalah benar. Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang hakim mahkamah Tinggi menolak keputusan tersebut dan bersedia untuk mengubah keputusan tersebut. Sekiranya keputusan tersebut berubah maka ia akan memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk memilih agama mereka. Inilah suatu bahaya kepada Akidah umat di Malaysia.

Peguam Pembela Islam atau PPI berjaya ditubuhkan dengan dipandu oleh Sdr Zainur Zakaria, dibantu oleh 13 anggota sekretariat badan bertindak antaranya Puan Kamar Ainiah, sdr Rosidi, Sdr Zainur Rejal, Sdr Radzi, temasuk Zulkifli Nordin dan beberapa senior lawyer yang 'very high profile' dalam persada kepeguaman. Asas perjuangan badan bertindak ini adalah mempertahankan kedaulatan Islam setelah 'kacau-bilau' yang dicetuskan oleh beberapa gerakan (yang mempunyai agenda mengenepikan Islam) untuk 'mengganggu' peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Manakala ACCIN dianggotai ABIM, JIM dan NGO lain akan membantu menyelaraskan usaha menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama berhubung soal Aqidah dan kedaulatan Islam yang diperuntukan dalam perundangan negara. Media juga akan digempur habis-habisan dalam memimpin pandangan umum terhadap isu 'kebebasan beragama' yang amat kritikal dan membimbangkan mutakhir ini.

Teman dan rakan-rakan melihat segenap penjuru dewan tersebut dengan pandangan yang sangat terharu melihatkan obor ISLAM kian bersemarak dan menjangkakan ia pasti dan pasti akan terus bersemarak. Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang. Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalam mempertahankan Akidah Natrah suatu ketika dulu. Semua rakyat dan pemimpin bangkit mempertahankan Islam demi seorang wanita yang ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar.

Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan Akidah rakyat dan membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari segala sudut , dari segenap dimensi. Doakan kejayaan kepada para pejuang Islam dalam semua lapangan supaya mereka sentiasa diberikan Hidayah, kekuatan dan kemenangan. Teruskan jihad ini kerana inilah Jihad kita pada hari ini. Masanya telah tiba.

Safwan
12 Julai 2006
UIAM Gombak

2 comments:

Anonymous said...

lina joy ni dah memburukkan nama AZliNa.. pelik laa.. kebanyakan kes murtad dilakukan oleh mereka yg dah 'baligh'. dah boleh menggunakan akal utk menetukan baik atau buruk. kalau baru umur 4 tahun ke.. 6 tahun ke.. xpe gak.. ni dah tua bangka. skali dgn yg dh mati pun sama. pelik smacam arr.. akal mereka ni dh xberfungsi ke? hm... bukankah Islam itu mudah.. kenapa perlu cari yg lebih mudah? BERI BETIS NAK PEHA..

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... no suit sauna maplelag Accutane medicapharma.com New anchor upskirts yunna hentai Site www.download-porn.com jenna jameson incorporation kansas domain registration robitussin dh 832 humidifier good keno numbers