16 July 2006

Kes Azlina Jailani: NGO Islam bangkit pertahan akidah rakyat


Usai perisytiharan ‘Jihad Undang-Undang’ yang dipelopori oleh Peguam Pembela Islam (PPI) pada 12 Julai lalu, kini badan bukan kerajaan (NGO) turut bangkit berdiri menggemakan slogan ‘selamatkan akidah ummah’ dan ‘pertahankan kedudukan Islam dalam perlembagaan’ lantas menubuhkan sebuah gabungan ‘NGO Pembela Islam’ sebagai benteng untuk membela Islam dan akidah umatnya di Malaysia.

Pertahankan Islam
Hasil perbincangan yang memakan masa selama 3 jam tersebut, seluruh wakil dari NGO sebulat suara untuk bertindak agresif memimpin kempen mempertahankan akidah Islam di seluruh negara. Saudara Yusri Mohammad, presiden ABIM yang mempengerusikan mesyuarat tergempar petang itu, menyatakan pendirian kukuh para NGO untuk bangkit mempertahankan Islam dan kedudukannya dalam perlembagaan negara. NGO juga akan memimpin pandangan umum masyarakat terhadap implikasi dari kes Azlina Jailani (dulu lebih dikenali dalam media sebagai Lina Joy) yang sebenarnya memperlekehkan kedaulatan Islam dan peruntukan undang-undang yang berkaitan Islam dalam perundangan negara serta memberikan ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia yang bebas menukar identiti agamanya.
Masa musuh untuk menyerang Islam
Masa untuk menyerang Islam
Senada dengan semangat Islam, Peguam Puan Kamar Ainiah menjelaskan, dari sudut yang yang lain terdapat usaha terancang dari pihak tertentu dan gerakan kristian antarabangsa yang sebenarnya ingin mengganggu kedaulatan Islam dalam perlembagaan didalangi oleh badan agama lain. Contohhnya terdapat seorang anak yang dilarikan ke Australia selepas mahkamah membenarkan hak penjagaan anak kepada kedua-dua pasangan yang tidak seagama (ayahnya Islam), tetapi ibunya berjaya mendapat visa oleh kerajaan Australia untuk menetap di sana walaupun menyalahi perundangan negara.

“Pasca 911 dijadikan tiket oleh musuh Islam untuk meniupkan kebencian terhadap Islam. Maka tercetusnya Interfaith Commission yang mempersoalkan kebebasan beragama, Joint Action Group yang memperjuangkan isu feminisme dan hak sama rata lelaki dan wanita, serta usaha Gagasan pemuda Hindu yang mengimpikan penubuhan semula kerajaan Srivijaya di Malaysia yang kononnya asal masyarakat melayu beragama Hindu.Gagasan tersebut menggunakan taktik menggoda gadis melayu dengan CINTA dan menghadiahkan telefon bimbit untuk perhubungan terus. Talian Maxis antara penyumbang terbesar dalam usaha ini. Isu pembinaan dewa Murugan di Batu Caves juga ada kaitan dengan usaha menyebarkan dakyah agama Hindu. Terdapat banyak lagi serangan terhadap Islam dan penghinaan terhadap nabi Muhammad S.A.W. yang kian rancak ketika ini”, tegas Ainiah lagi.


Implikasi kes Azlina Jailani
Implikasi serius bakal berlaku kepada perundangan negara dan masa depan negara sekiranya Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Azlina Jailani bersenjatakan perkara 11 Pelembagaan Malaysia. Antaranya:

1- Orang melayu boleh murtad pada bila-bila masa dan sesuka hatinya. Maka definisi melayu dalam perkara 160 akan pupus
2- Orang Islam boleh mengelak dari pendakwaan atau penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, jika A ditangkap meminum arak oleh JAWI, A boleh menukar agamanya dengan mengatakan dia adalah Kristian. Maka tiada pendakwaan yang boleh dikenakan kepadanya
3-Umat Islam boleh mengelak dari mengamalkan Islam. Contohnya, apabila diisytiharkan Ramadan, A boleh mengecualikan diri dari ibadah puasa.
4-Memberikan ruang kepada Non-Muslim untuk menunjuk ajar dan menafsirkan Islam sesuka hati.
5-Memberikan ruang kepada Non-Muslim untuk mempertikaikan hukum Islam
Institusi Syariahdan jabatan agama akan kehilangan kuasa untuk mentadbir
6- Mahkamah sivil akan memiliki kuasa penuh termasuk ke atas isu Islam. Undang-undang sekular akan terus bermaharajalela
7- Muslim boleh mentafsir amalan Islam mengikut pendapat indvidu tanpa merujuk kepada institusi dan jabatan agama. Contohnya, Ayah Pin yang mengamalkan agama mengikut kepalanya
8- Akan belaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usai 18 tahun
9- Soal nasab seseorang kanak-kanak dan pewarian harta orang Islam akan menjadi kacau bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa bebanding dengan apa yang diamalkan maakini
10- Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama pesekutuan atau agama rasmi negara
11- Kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negei beraja dan Yang DiPertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.


Zulkifli Nordin juga menegaskan penggunaan nama Azlina Jailani akan lebih membuka mata masyarakat berbanding dengan penggunaan nama Lina Joy. Kes tersebut juga telah memecahkan sejarah perundangan setelah ‘gangguan’ yang dibuat oleh pihak yang mempersoalkan tentang perkara 11 yang menyebutkan setiap orang berhak menganut agama pilihannya selepas berusia 18 tahun, menyebabkan hakim terpaksa menafsirkan semula perkara 11 tersebut. “Kes ini bukan kes biasa. Ia adalah kes yang sangat serius dan memberikan impak yang sangat serius terhadap generasi Islam anak cucu cicit kita pada masa depan.”


Jangan terlambat lagi
“Kita jangan terlambat sehinggakan kita pernah tewas dalam kes Halimatussa’diah yang menyebabkan pemakaian hijab ke pejabat adalah salah, Jamaludin Osman mengesahkan tindakan beliau menyebarkan dakyah Kristian kepada umum, kes Aisyah Bukhari yang murtad, kes Ng Wan Chan dan yang terbaru kes Mior Atiqurrahman yang menjadi alasan bahawa berserban bukanlah semestinya sunnah. Ini semua adalah kerana kecuaian pihak pemimpin dan kita para peguam. Sekiranya kita terus memberikan tekanan kepada musuh Islam dan para pemimpin, maka mereka tidak boleh membuat apa-apa. IFC adalah contoh terdekat”, jelas Zulkifli.


Tindakan kita
Berikut adalah sebahagian pelan tindakan NGO Islam dalam mempertahankan kedudukan Islam:
1- mengadakan pertemuan dengan mufti, JAKIM, jabatan agama untuk menghantar memorandum dan surat menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku
2- menghantar surat dan memo kepada Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri
3- kenyataan akhbar kepada semua media
4- penulisan artikel ke media
5- pertemuan dengan pemimpin Politik dan kerajaan negeri
6- memohon masjid menganjurkan solat hajat sejuta umat
7- inisiatif mengadakan pertemuan NGO peringkat negeri
8- menyedarkan risalah kempen
9- menyediakan teks khutbah di masjid
10- siri ceramah dan kempen kesedaran
11- kempen tandatangan sejuta umat menyelamatkan akidah
12- kempen keindahan Islam kepada non-Muslim


Segala maklumat boleh diakses terus ke laman web www.MYIslamnetwork.net dan defendersofislam.net.

Bangkitlah Sedarlah
Kesedaran dan kefahaman Islam yang kukuh adalah benteng umat Islam. Pemimpin patut bertindak. Rakyat harus disedarkan. Gambaran Islam sebenar harus ditonjolkan kepada masyarakat sebagai cahaya yang menyinari kesucian Islam. Kini, Islam makin rancak dimusuhi oleh pelbagai kumpulan yang membencinya. Mereka ini memiliki dana yang besar, strategi yang ampuh dan perancangan yang rapi untuk menghancurkan Islam. Tinggal lagi kita. Apakah cukup hanya membaca di dalam akhbar. Sekadar bimbang. Sekadar marah. Tanpa apa-apa tindakan yang boleh mempertahankan akidah generasi kita. Fikirkan. Bertindaklah. Jom selamatkan akidah ummah!


Afan
UIA Gombak
17 Julai 2006

1 comment:

Anonymous said...

hm.. manusia skarang mmg ske mengambil jln mudah. mudah dpt wang.. mudah dpt harta, mudah dpt kuasa... sebab itulaaa musuh Islam mudah memperlekehkan Islam. bila kes sebergini muncul, barulah terkejut, tersedak, geram marah. tak puas hati muncul... padahal dulu xpenah berusaha pun nk memartabatkan Islam. contoh yg paling mudah memuliakan masjid dan surau. org yg solat jemaah kt ctu bleh dibilang dengan jari sambil tutup mate.
prasan x? klu kt kuil, gereja, tokong, ramai je... pas2 sume diyam.. xb'ckp langsung. tp, klu kt surau, kat masjid, dr jarak 10 meter dah leh dengar org tergelak cam han2.
hm.. ble kes ni terpacul... mula laa nk tunjuk sana, tuding sini, tuduh sunu... menyesal xsudah..
mentality umat islam makin mundur..