19 April 2006

Palestin~Lambang Identiti Islam

PALESTIN: LAMBANG IDENTITI ISLAM

7. Sejak 4,500 tahun yang lampau,. orang Kanaan telah berpindah dari semenanjung Arab dan menghuni bumi Palestin. Mereka menamakannya Tanah Kanaan dan kaum ini serta kaum yang lain telah menjadi nenek moyang rakyat Palestin hari ini.

Dengan kedatangan Islam, terutamanya semenjak tahun kelima Hijrah (636 Masihi), identiti Palestin telah bersemi indah dengan nilai-nilai Islam sehingga ke saat ini.

8. Umat Islam secara berterusan mengesahkan hak-hak asal mereka ke atas tanah Palestin. Kini, dengan hak asal, sejarah dan perundangan, serta pengorbanan generasi pewaris yang menghuni tanah ini tidak kurang dari 1500 tahun sebelum kedatangan penganut Yahudi mendakwanya sebagai tanahair mereka. Sejak dari itu, umat Islam telah berkorban demi mempertahankan bumi dan kemerdekaan tanahair mereka. Dengan ini sah bahawa Palestin adalah tanahair Arab Muslim dari aspek sejarah dan agama.

Menyusuri sejarah, Palestin pernah dikuasai pelbagai bangsa dan kuasa. Yahudi pernah memerintah Palestin sebahagian kecil wilayah dalam tempoh tidak lebih empat abad (580-1000 masihi). Selepas itu, mereka telah dikuasai dan dihancurkan. Begitu juga yang berlaku kepada Syria, Firaun dan Rom. Hubungan penganut Yahudi dan Palestin terpisah secara praktikalnya untuk tempoh lebih kurang 1,800 tahun (134 masihi sehingga abad ke-20). Dalam tempoh ini, Yahudi gagal menempatkan diri dalam apajua aspek samada dari sudut politik mahupun peradaban. Malah, ajaran Yahudi mengharamkan penganutnya dari kembali ke Palestin.

Undang-undang Islam telah terbukti sebagai sebuah sistem yang paling lama dan efektif dari sistem-sistem yang lain. Ia bermula pada tahun 636 Masihi dan berterusan sampai ke tahun 1917, kecuali dalam tempoh pemerintahan tentera Salib yang berakhir setelah 90 tahun selepas Kristian dihalau.

to be continue in ...Palestin~pada mata rakyatnya